Skip to main content

Homestay Teratak Kampung

Selamat Datang ke Homestay Teratak Kampung. Terletak di Kampung Serkam Darat, Merlimau, Melaka., Teratak Kampung merupakan pilihan yang tepat bagi pengunjung yang inginkan percutian suasana kampung.

Teratak Kampung mempunyai keluasan 11,000 kaki persegi di atas tanah persendirian berpagar yang sangat tenang dan damai. Mempunyai 2 buah rumah, sebuah rumah kampung yang cantik diberi nama “Teratak Cinta” berkonsep “studio style” dan sebuah rumah batu 4 bilik yang diberi nama “Villa Rindu”. Jadi keseluruhannya mempunyai 5 buah bilik yang boleh memuatkan 15 orang dengan selesa. Jangan risau kerana di Teratak Kampung anda tidak berkongsi dengan guest yang lain. Sangat privasi kan.

Teratak Kampung juga mempunyai 2 “private pool” untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Yang lebih menarik kolam renang ini mempunyai “jakuzi” bagi pengunjung yang inginkan bersantai di dalamnya. Ianya pasti membuat percutian keluarga sangat rileks dan seronok.

Berkonsepkan suasana homestay dalam kampung, Teratak Kampung dikelilingi alam semulajadi yang nyaman. Pengunjung pasti gembira dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga atau rakan dengan aktiviti “BBQ” dan mandi kolam.

Teratak Kampung juga mempunyai parking berbumbung yang boleh memuatkan 3 buah kereta & dalam kawasan yang sama boleh memuatkan sehingga 7 buah kereta dalam kawasan berpagar & pasti selamat.

Teratak Kampung juga mempunyai kawasan yang luas untuk aktiviti sukaneka dan riadah. Bagi yang ingin meluangkan masa untuk menonton, pasti tidak bosan kerana di Teratak Kampung mempunyai NETFLIX dan juga ASTRO NJoy. Tidak lengkap jika tiada internet kan??? Jangan risau kerana di Teratak Kampung ada UNIFI.

Rancang percutian anda dan hubungi kami jika ingin menempah atau ingin bertanyakan soalan.

Klik icon whatsapp di bawah

VILLA RINDU

  • 4 Bilik Berhawa Dingin (Katil Queen Setiap Bilik)

  • Setiap Bilik Dilengkapi Kipas Siling

  • 2 Bilik Air (Air Pemanas)

  • Ruang Tamu Berhawa Dingin

  • Set Sofa

  • Televisyen 43″ Android ASTRO & NETFLIX

  • Penapis Air CUCKOO

  • 2 buah Peti Ais 1 & 2 Pintu

  • Seterika & Papan Seterika

  • Dapur Kering (Dalam)

  • Dapur Basah (Luar) Lengkap Kelengkapan Memasak

  • BBQ Pit (sewaan RM50/stay)

  • Ruang Makan Dengan Meja Makan

  • Mesin Basuh

  • Ruang Ampaian Baju

HOMESTAY TERATAK KAMPUNG

Kampung Serkam, Merlimau,
Melaka, Malaysia.

Informasi

Kadar Sewa Untuk Keseluruhan Kawasan

HOMESTAY TERATAK KAMPUNG

Kampung Serkam, Merlimau,
Melaka, Malaysia.

Informasi

Kadar Sewa Untuk Keseluruhan Kawasan

Teratak Cinta

  • 1 Rumah Kayu (Konsep Studio)

  • 1 Katil Queen

  • 1 Bilik Air (Pemanas Air)

  • Televisyen 32″ ASTRO

  • Radio

  • Kerusi Rehat

© Teratak Kampung. Hak cipta terpelihara.